~kawan,teman,sahabat~

2 comments:

  1. Jatuh cinta pada seorang teman yang
    kita kenali adalah satu situasi yang
    sukar ditafsirkan dengan coretan.. Satu
    bentuk perasaan yang selalu bermain
    di minda kerana si dia selalu saja di
    mata.. Walau bertahun lamanya.. Kita tetap sanjung akan cinta lama.. Kerana
    itu mungkin cinta pandangan pertama..
    Atau cinta terawal bagi kita Untuk menyukai seseorang hanya
    mengambil masa yang sekejap saja..
    Dan kadang perasaan itu akan terus di
    buai di hati sehinggakan membuahkan
    rasa cinta dan sayang.. Cuma kadang
    cinta itu hadir pada seorang teman yang kita kenali.. Mungkin seorang
    yang rapat dan selalu sahaja di
    hadapan mata.. Pernah dulu, masa lalu.. Aku merasakan
    satu perasaan yang kuat terhadap
    kamu.. Menjejak diri yang dulu aku kian
    lama kian hilang akan sesuatu..
    Sungguh rasa itu amat tebal dan tiada
    akan setanding dengan siapa siapa lagi.. Namun, semakin lama semakin ia
    hilang di makan waktu.. Semakin
    kusam dan semakin pudar.. Kamu yang teristimewa.. Kamu yang
    selalu sahaja di jiwa.. Jika dahulu, kini
    dan selamanya.. Itu sahaja yang
    kudambakan.. Mungkin dengan mencintai di dalam
    diam itu banyak akan dugaan.. Banyak
    akan kesakitan yang kudapat dari
    keindahan dan kemanisan yang
    sepatutnya aku miliki.. Namun bila
    tiada langsung akan kekuatan akan diri memberi satu noktah akan cinta.. Kamu
    tetap aku perhatikan.. Dari jauh, dalam
    jarak yang semakin hilang.. Aku masih
    ada rasa terhadap kamu.. Kita belajar untuk melepaskan seseorang yang amat bermakna di dalam hidup kita perlahan lahan.. Dengan kekuatan yang ada, kita masih lagi mampu tersenyum indah menutup kesedihan di hati.. Kita belajar untuk hidup keseorangan namun kesepian itu kadang membuatkan kita kosong di dalam meniti hari.. Namun apa yang tahu, dia tetap pernah bertahta di hati walau kita belajar melupakannya Kadang tidak semua apa keinginan itu
    tetap akan datang berlabuh.. Seperti
    bersilih ganti malam selepas siang..
    Mentari muncul sesudah subuh.. Kerana
    kita manusia, di uji dan diduga dengan
    akal.. Namun yang pasti, kita masih lagi merindui akan satu wajah itu.. Walau
    sekuat mana kita menjauhkan diri,
    kenangan itu tetap menghantui diri.. ***
    Kita masih ada batasan akal yang
    memberi kita panduan agar tetap akan
    rasa hati pada tanggungjawap yang
    sedia ada

    ReplyDelete
  2. bukan yg pertama..tp yg penuh bmakna..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...